Persoalan berkaitan circle plate pada robot paintball

View previous topic View next topic Go down

Persoalan berkaitan circle plate pada robot paintball

Post  Admin on Tue Jan 17, 2012 3:03 am

Terima kasih kepada semua peserta Paintball Robot yang menyertai MURoC 2012 pada kali ini. Pihak kami amat mengalu-alukan semua persoalan yang berkaitan dengan Paintball Robot. Admin yang mengendalikan forum ini adalah Jawatankuasa Teknikal dan Pengadilan - Paintball Robot. Justeru itu, hanya persoalan yang berkaitan dengan paintball robot sahaja yang akan di layan. Mohon untuk mendaftar di forum ini bagi membolehkan sebarang persoalan dapat diutarakan di sini.

Soalan: Circle plate putih di robot paintball.

Jawapan:

Secara prinsipnya, tujuan diwajibkan pemasangan 'circle plate' putih ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua pasukan sekurang-kurangnya mempunyai bentuk asas yang dapat memudahkan pengadil/marshall untuk melihat samada telah terkena tembakan atau tidak. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengelakkan daripada terdapat pasukan yang merekabentuk robot mereka daripada sukar untuk di'tembak' kerana hanya mempunya 'chasis' sahaja tanpa sebarang 'plate' atau 'cover' yang menutupi 'chasis' robot mereka. Tujuan ia wajib berwarna putih adalah bagi memudahkan marshall untuk melihat kesan 'tembakan'.

Namun begitu, terdapat 'kelonggaran' yang diberikan hasil daripada perbincangan bersama pengurus-pengurus pasukan pada tahun 2010 dan 2011 (mohon rujuk dengan pengurus atau wakil yang hadir di taklimat teknikal bertempat di Anjung UniMAP Menara Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 2010 dan di Fakulti Kejuruteraan UPM pada tahun 2011) dan keputusan tersebut dikekalkan sehingga ke hari ini di mana untuk setiap rekabentuk robot yang mempunyai 'plate' atau 'shield' yang berdimensi melebihi dari saiz minimum 'circle plate', maka robot tersebut dibenarkan untuk masuk bertanding.

Justeru itu, pihak JK Teknikal dan Pengadilan tidak ada halangan dari segi apa jua bentuk 'shield'/'frame'/'chasis'/'plate'/'cover' pada robot paintball selagi memenuhi syarat-syarat minima yg dikenakan iaitu:

Syarat 1 : Sekurang-kurangnya menepati dimensi asas circle plate.
Syarat 2 : 'Shield'/'Frame'/'Chasis'/'Plate'/'Cover' mestilah berwarna putih.

Diharapkan penjelasan ini dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul berkaitan hal berkenaan.

Sekian, terima kasih.
Admin

Admin
Admin

Posts: 13
Join date: 2012-01-17

View user profile http://murocpaintball.forumstopic.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum